Sunday, August 7, 2011

~~ untitled II ~~

Bab Satu
Kini...
Taman  Maharani ,Kuala Lumpur.
Allysa!!!Cepat la turun!!Lama dah aku tunggu ni!!!Nanti lambat pula sampai pejabat....lepas tu nanti kene bebel pulak dengan tua kerepot tu!!!Cepat la Allysa!!!”Jerit Alin  makin kuat memeceh keheningan pagi itu.
Lima minit kemudian turun seorang gadis tinggi lampai,rambut ikal mayang paras pinggang yang hanya dilepaskan.Menampakan keayuan wajah nya yang mempunyai kacukan cina.Itu lah  Nur Allysa Azman atau lebih dikenali dengan nama Ally. Ramai yang keliru dengan Allysa kerana beranggapan gadis itu adalah seorang gadis cina.Namun,setelah mengenali gadis ini,barulah mereka tahu latar belakang serta perwatakan manja tetapi tegas gadis pan- asia ini.
“Ko ni..terjerit-jerit macam burung tercabut ekor kenapa Lin???Aku tau la...lagi pun baru pukul berapa...”lalu Allysa terus melihat jam tangannya yang berjenama Gucci berwarna metalik ungu.Unggu adalah warna kegemarannya.Melambangkan kekuatan diri dalam menghadapi pelbagai dugaan hidup.
“Em...baru pukul 7.15 pagi,yang ko kelam –kabut sangat ni kenapa Lin??Ko ada hal penting ke kat pejabat??”tanya Allysa kepada sahabat karibnya yang telah dikenali semenjak sama-sama menyambung pelajaran dalam bidang pengurusan di Universiti Putra Malaysia iaitu antara salah sebuah universiti tempatan yang terbaik di Malaysia.
“ Tak... tak ada la hal penting pun...aku malas nak dengar orang tua tu membebel la...sakit telinga aku dengar...nak je aku pekak kan telinga aku ni......macam la pejabat tu dia punya..sikit-sikit on time..sikit-sikit on time, macam lah aku tak penah datang awal...”bebel Alin bagi meluahkan kebosanannya mengenai rakan sepejabat mereka, Encik Razlan.
“Ye la..ye la..jom gerak...kang sakit pulak telinga ko nanti..hahah” gelak Allysa kuat.Terhibur dia dengan telatah rakannya pagi ini.Setelah penat memerah otak memikirkan masalah yang membelengu dirinya selama ini, pagi ini lah buat sekian kalinya dia tertawa riang.
Selama seminggu dia penat memikirkan cara-cara terbaik untuk menyelesaikan perkara diantara dia dan Daniel.Daniel Asyraf Bin Dato’ Lokman, seorang usahawan muda yang sentiasa mengambil berat akan dirinya.Dari saat perkenalan mereka di niversiti lagi, Allysa perasan akan perasaan Danel terhadapnya.Namun saat itu, dia masih tidak bersedia untuk mempunyai apa-apa hubungan dengan sesiapa pun.Dia telah menetapkan matlamatnya hanya untuk menimba ilmu pengetahuan.Namun, Daniel masih tidak putus-putus mengharap kasihnya dibalas oleh gadis idamannya selama ini.
Tepat jam 7.50 pagi,Allysa dan Alin sampai ke pejabat.Perjalan ke tempat kerja mereka, H&N Holdings yang hanya mengambil masa selama  20 minit sahaja menjadi lambat kerana kesesakan jalan raya.Namun bagi penduduk setia Kuala Lumpur,semua itu telah menjadi satu kewajipan bagi mereka untuk menghadapi kesesakan lalu lintas yang tidak penah surut itu.
Masuk sahaja pintu utama Syarikat H&N Holdings,Allysa sudah nampak akan kehadiran Daniel di tempat menunggu.Aduh...nampaknya dia sudah tidak boleh bersabar lagi.Allysa ingin sahaja buat tidak nampak akan kehadiran Daniel disitu, tapi Daniel lebih pantas dari apa yang dijangkakan.
“Ally...!!!”panggil Daniel kuat, agar Allysa perasan akan kehadirannya disitu.Lalu dia terus menuju ke arah Allysa untuk mendapatkannya.
Allysa terpaksa juga berhenti kerana perjalanannya telah dihalang oleh tubuh badan Daniel yang sasa itu.Allysa akui Daniel sangat kacak dan mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.Namun dia  tidak pasti mengapakah dia begitu sukar untuk menerima cinta lelaki itu.Sedangkan Daniel Asyraf mempunyai segala-galanya.
“Ally...macam mana dengan permintaan Daniel dulu....Ally sudi tak?”Daniel cuba mengingatkan Allysa semula.Takut-takut gadis itu lupa akan hasrat hatinya yang sudah sekian lama terbuku di sudut hatinya.
“Ally belum pasti lagi Daniel..Ally mintak maaf...” balas Allysa gugup.Dia takut jika tiba-tiba pemuda itu mengamuk kerana penat menanti cintanya.Dia tidak mahu waktu – waktu begini dia ditimpa dengan kejadian yang tidak diingini.

Alin yang berada disebelah Allysa tercengang-cengang kerana tidak tahu akan topik perbualan mereka sebenarnya.Apa yang dia tahu,pasti Daniel meminta cintanya dibalas oleh Allysa. Sudah 5 tahun Daniel menanti cinta Allysa,tapi dia tidak pasti akan sebab kenapa Allysa masih membuat Daniel ternanti-nanti kasih sayangnya.Baginya,Daniel mempunyai segala-galanya,rupa,kekayaan, malah lelaki itu juga sangat baik terhadap Allysa dan juga dirinya.Mungkin Allysa ada sebab tersendiri.Detiknya dalam hati.Dia juga sudah puas menasihati Allysa agar menerima sahaja Daniel kerana  Allysa tidak akan rugi apa-apa pun jika dia menerima cinta lelaki itu.Namun jawapan ringkas yang selalu dibalas oleh Allysa adalah “aku tau...but I’m not ready yet to be in relationship...give some time ok....” itu sahaja lah jawapan yang sering diberi jika Alin bertanyakan mengapa dia tidak mahu menerima Daniel.
“Ally..jangan lah buat Daniel macam ni...Daniel sangat cintakan Ally...sudah lama Daniel pendam dalam hati...kenapa Ally susah sangat nak bagi Daniel peluang...?”mahu sahaja Daniel berlutut dan memohon Ally agar menerima cintanya.Tapi dia tahu,jika berbuat demikian dia bukannya mendapat cinta Allysa,tapi mendapat malu diri sendiri.Malah turut dimarahi oleh wanita itu.
“Maafkan Ally, Daniel...I’m still not ready yet..so sorry ....”balas Allysa sayu lantas meninggalkan Daniel disitu.Dia sudah tiada jawapan lagi untuk Daniel.Lalu Allysa lantas menarik lengan Alin agar beredar dari situ segera.Alin hanya mengikut jejak Allysa yang semakin melaju itu.Nasib mereka baik kerana lif baru sahaja tiba lantas Allysa menekan punat “close”.Dia dapat melihat Daniel berlari laju kearah lif.Namun Daniel terlambat,lif sudah pun menutupkan pintunya.



No comments:

Post a Comment