Sunday, August 7, 2011

~~ untitled III ~~

Bab Dua
Pejabat Syarikat H&N Holdings
“Ally...kenapa ko suka buat Daniel macam tu???Kesian dia tau...Ayik tunggu cinta ko yang bila tah akan dapat...silap-silap bila dia dah tak ada perasaan pada ko lagi nanti baru ko nak terhegeh-hegeh terima dia eh?”bebel Alin, rasa tidak puas hati akan sikap Allysa tadi.
“Ko ni...dah la..aku malas la nak fikir benda-benda ni..biar masa yang menentukan...Aku tak nak fikir dah..Kalau dia dah bosan tunggu aku pun...aku tak kisah...aku memang tak ada perasaan pada dia pun...”luah Allysa.Benar,dia tidak mahu memikirkan perkara ini,kerana ada misi yang lebih utama yang perlu dia capai.Misi mengenai dirinya.Itu lebih penting buat masa sekarang.Dia mahu membina kerjayanya sendiri.Dia mahu dipandang hormat oleh sesiapa sahaja.
“Yela..yela..aku pun malas dah nak tanya ko...sampai berbuih mulut aku ni pun..aku tak rasa ko nak ikut cakap aku kan...?”duga Alin.Dia sendiri sudah beribu kali menasihati Allysa.Namun jalan buntu juga yang didapati.
“Hahahah..ok juga tu..aku nk juga tengok mulut ko tu keluar buih...boleh buat hiasan dekat rumah kita nanti...hahaha..lawa juga kan..unik...hehehe”balas Allysa kepada rakannya.Dia sangat suka mengenakan rakan serumahnya itu.Yang pasti,Alin tidak akan memarahinya, malah turut sama ketawa dengan jenakanya.
“Ha..pandai la ko..aku bagi ko minum sabun kang bru ko tau...”balas Alin geram.”Orang serius,dia pulak buat lawak.Aih..sabar je la aku dengan ko ni.Kalau dah kena nanti baru ko tau nak menyesal.”ujarnya lagi.
“Hahahah...tak adanya aku nak menyesal...ko ni pun..aku buat lawak je la..macam tak biasa pulak...tiba-tiba angin satu badan kenapa?Period ke?Hahahah....”Allysa melawak lagi.Kali ini tawanya makin kuat sehingga orang yang berada disekelilingnya  tertoleh-toleh kepada mereka.
“Oiiii!!!Gelak sakan pulak ko eh...buat malu jek...tengok...org semua pandang dekat kita tau!!”Alin pantas mencubit lengan Allysa.Geram dengan rakannya yang gelak tak bertempat.
“Oiiittt!!!Saakkkittt la!!Ko ni....tak sayang aku ke...hukhukhuk”ngadu Allysa.Sakit lengannya dicubit Alin.
“Sebab sayang la aku cubit ko...bagi ko sedar sikit...ada faham???”
“Ye cik puan...faham..faham....”lantas Allysa melejir lidah pada Alin.Mengejek.
“Dah..jom kerja..kerja...nanti ada mak nenek pulak membel pagi-pagi ni...hahhahah”Alin cuba membuat Allysa ketawa.Dia tahu Allysa terasa dengannya tadi.Tapi yang pasti,cara memujuk Allysa sangat mudah.Allysa bukan seorang yang kuat merajuk.
“Jom...aku pun nanti ada meeting...karang lambat sampai pulak dekat tempat tu.”Baru dia teringat akan perbincangannya bersama Syarikat Jaya Holdings pada pukul 10 nanti.
Lantas mereka berdua menuju ke tempat masing-masing.Memulakan kerja harian mereka.

Syarikat Jaya Holdings
Sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu tiba di perkarangan pintu hadapan Jaya Holdings.Muncul seorang Wanita  yang bergaya  bagai seorang tokoh korporat.Rambutnya yang ikal mayang paras bahu dilepaskan .Warna kulit yang putih gebu serta sebentuk bibir yang kecil molek menambahkan kejelitaannya disamping matanya yang galak ,mampun menarik perhatian sesiapa sahaja mata yang memandangnya.
Kakinya lantas menuju ke arah lif yang sedang terbuka.Apabila jari telunjuknya ingin menekan punat “close”, terdengar jeritan yang menyuruhnya menunggu sebentar.Masuk seorang lelaki yang tinggi lampai serta segak berkot biru gelap.
“Terima kasih Cik Maya” ucap lelaki tersebut tercungap-cungap dea senyuman yang tidak penah lekang dari bibirnya.
“Sama-sama Adam...hehehe...lambat hari ni....dah pukul 8.30 dah...”jam tangan Rolexs nya menunjukkan tepat jam 8.30 pagi.”Bukan Adam selalu datang awal ke...kenapa hari ni lambat pulak...malam tadi buat apa la ek...hehehhe..”tambah Maya sambil tergelak kecil.
“Hehehe..hari ni terbangun lambat sikit...siapkan kertas kerja untuk meeting pukul 10 nanti...”matanya lantas meihat jam tangannya.Masih ada beberapa jam sebelum mesyuarat bermula.
“Oooo...meeting dengan siapa?”tanya Maya ingin tahu.Baginya,dia perlu tahu perkembangan syarikat tersebut kerana dia juga memiliki sebahagian syer dalam syarikat.Syarikat Jaya Holding adalah syarikat yang telah dibina oleh ayahnya 25 tahun yang lalu.Banyak dugaan yang perlu ayahnya tempuhi untuk memajukan syarikat yang bermula dengan kecil-kecilan sehingga menjadi syarikat yang terkemuka di Malaysia dan juga bakal menjadi syarikat yang berpengaruh di rantau asia tidak lama lagi.
“Em..meeting dengan H&N Holdings.Kita nak bincangkan tender terbaru dengan mereka.”balas Adam ringkas.
Lif sudah pun tiba di tingkat 20.”Saya pergi dulu ye Cik Maya.Nanti kalau ada perkembangan terbaru,saya inform pada Cik Maya nanti ok...”Adam segera melangkah keluar.
“Ok....Adam...!!”panggil Maya.Namun Adam sudah semakin jauh meninggalkannya.Em...baru nak ajak makan...ai..susah betul la...Kenapa la dengan Adam susah sangat nak cakap.Kalau orang lain ok jek aku.Nasib-nasib.Guam Maya dalam hatinya.
Maya sudah lama jatuh hati dengan Adam.Semenjak dia mula bekerja di syarikat ayahnya.Adam pada waktu itu, baru sahaja bekerja setahun.Dia suka akan gaya serta kebaikan Adam.Sudah 2 tahun dia bekerja.Selama itu lah dia cuba untuk menawan hati Adam,tapi masih tidak berjaya.Namun Maya akan cuba membuat Adam jatuh hati padanya.ADAM...I LOVE U...!!!Jerit hati kecilnya.

Pejabat Jaya Holdings

Deringan telefon mematikan tumpuan Adam pada kerjanya.Lantas tangannya mengangkat gangang telefon.
“Helo...Adam disni.”jawabnya ramah.Walaupun panggilan tersebut sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi kerjanya.
“Helo...ni Allysa dari H&N Holdings.Encik Adam, boleh tak kita tunda kan perjumpaan kita esok boleh?Sebab saya ada hal penting la....Maaf ye sebab last minit inform....”kedengaran suara lembut yang memohon maaf.
“Ooo..hal apa ye...saya ingat nak cepatkan proses permohonan tender tu...tapi kalau hal yang terlalu penting,tidak mengapalah.We can meet this evening.”balas Adam dengan lembut.Tidak mahu menyakitkan hati kliennya.
“Sebenarnya saya baru dapat panggilan yang bapa saya kemalangan,jadi saya nak segera melawatnya.He at Johor.Maaf ye...”balas Allysa meminta agar permintaannya dipertimbangkan.
“Ooo..ye ke..i hope it’s not bad...ok..never mind...we will see this evening ok.Same place?”Adam inginkan kepastian tempat perjumpaan mereka nanti.Banyak yang perlu mereka bincangkan untuk tender yang bakal diterima oleh Syarikat H&N Holdings.
“Ya...same place...we meet at 10 a.m tomorrow ok?Thanks a lot Mr.Adam.”balas Allysa gembira kerana Encik Adam tidak keberatan menunda perjumpaan mereka pagi ini.Baginya,keselamatan ayahnya adalah paling utama.
“Ya...don’t worry..I’m not so cruel...hehehe..ok...see you soon.”Perbualan tamat disitu.

Tangguh pulak...Tapi tak mengapalah...boleh aku touch up lagi tender ni.Guamnya dalam hati.Walaupun agak kecewa dengan perkabaran tadi,namun dia masih seorang yang berhati perut.Adam mahukan yang terbaik dalam setiap yang dilakukan.Tidak mahu ada cacat cela dalam segala hal.Everything must be prefect!!!Itu lah moto hidupnya selama ini.Lantas tangannya segera membelek-belek fail tender yang bakal diserahkan pada petang ini.Khusyuk sekali dia menelitinya tanpa menyedari ada sepasang mata yang asyik memerhatikannya dari tadi.















No comments:

Post a Comment