PROLOG
ISNIN: 28 MEI 1988
Malam yang hening,kian menjadi sepi,kerana tiada satu pun mahluk Allah yang berani menunjukkan dirinya.Mereka seakan-akan mengetahui sesuatu yang amat buruk akan berlaku sebentar lagi.Cengkerik mambatukan dirinya.Burung – burung hanya bertenggek di dahan pokok,memerhati sekelilingnya.Diam,sunyi,menyelubungi alam pada waktu itu.
Tiba-tiba terdengar satu jeritan yang menyeramkan.Jeritan yang bercampur kesedihan,ketakutan dan juga jeritan yang bagaikan meminta simpati.Di satu sudut di tengah-tengah rimba,terdapat sebuah rumah usang yang tidak berpenghuni lagi.
“Perggiiii!!!Jangan ganggu aku lagi!!!” Jerit seorang perempuan muda yang meminta agar dirinya tidak diapa-apakan lagi.Namun,terikan nya itu hanya kedengaran seperti hembusan angin yang berlalu pergi.Seorang lelaki yang hanya duduk disudut ruang hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja.Terhibur dia melihat tindakan rakannya itu.
“Hahahahaha....!!!Bagus!!!Ko memang sangat handal dalam perkara ini...hahaha!!!”kata lelaki tersebut kepada rakannya.Bukan setakat rakan,tetapi orang upahannya dalam melakukan perbuatan terkutuk yang ingin dia lakukan.Rakannya itu akan sentiasa membantu apa sahaja yang telah dipinta sahabatnya,kerana sahabatnya itu telah banyak membantu dirinya ketika susah dahulu.Kini tiba masanya untuk dia membalas kembali jasa sahabatnya itu.
Sebilah pisau yang tajam sudah tersedia di sisip kan di pinggannya.Kini masa untuk pisau ini memakan darah mangsanya.Tikaman demi tikaman dilakukan untuk menamatkan riwayat perempuan malang itu.Tiada lagi denyutan nadi,hanya darah merah pekat yang mengalir laju,seperti mana nyawa tuannya yang melayang dengan penuh penderitaan.
“Ok,lepas ni,ko buat la apa yang patut kat perempuan bangang ni...hahahahha!!!”
Gelak tawa lelaki tadi bergema kuat di rimba yang menyaksikan peristiwa hitam yang telah mencacatkan keindahan alam belantara.Hujan gerimis kian menjadi lebat,seakan –akan turut sedih atas apa yang berlaku terhadap perempuan malang itu.
kesian~
ReplyDelete